Kelas Ict Power Point
29 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Selasa - 28 Mei 2019 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas ICT untuk pelajar Sekolah Rendah Sri Kiambang. Kelas bermula pada jam 9.30 petang dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran ICT kepada peserta supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Power Point.
Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian. Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Selain itu peserta akan diajar cara memuat turun gambar dari internet ke dalam komputer dan bagaimana cara mereka untuk memilih latar belakang power point mereka. Mereka kemudian diajar cara untuk menyimpan dokumen mereka ke dalam komputer Kelas ini melibatkan 9 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: